|
Pertama : Tekanan i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. · Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. · Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit Kedua : Bentuk Tulisan i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat · Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp · Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) Ketiga : Kecondongan i. Condong ke kanan · Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah ii. Condong ke kiri · Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang iii. Tegak · Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah iv. Campur-campur · Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf) Keempat : Kerapatan i. Jarang-jarang · Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros. ii. Rapat-rapat · Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z i. Ada ekor a) Besar, panjang dan sempurna · Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan b) Kecil, pendek dan tak sempurna · Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri Keenam : Pada palang huruf kecil T (t) i. Tinggi · Tahap aspirasi tinggi ii. Rendah · Mudah berpuas hati, cita-cita rendah iii. Tengah-tengah · Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana Rumusan : - Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup... |
Best viewed in Google Chrome.Screwed up in IE. I'am Nurliyana binti Raduan but for short you can call me liyyaa . I'am 17 years old now , i'am a candidate of SPM 2010 (: . © All Rights Reserved |