WELCOME TO MY PERMANENT MEMORIES TELLER
Isnin, 31 Januari 2011
BULAN KELAHIRAN ISLAM at 5:02 PG

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan,
menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai
pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh
jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun
begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat
fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya
perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu,
jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar,
hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya
itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu
akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau
keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu,
kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil
. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia
akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya,
oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya
menjadi susah kerana perangai keras hatinya,
dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang
baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik
terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu
berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan
garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Photobucket




Site Statistic

Welcome to ourpermanentstories.blogspot.com.A place where you where whats going out with my life (: You are currently view 5 posts at once only.
Best viewed in Google Chrome.Screwed up in IE.




Liyyaa The Owner

Photobucket

I'am Nurliyana binti Raduan but for short you can call me liyyaa . I'am 17 years old now , i'am a candidate of SPM 2010 (: .

Escapes

Yumeikara Daia♥
Princess Joey♥
Hazmida♥



Follower

Silence





Melodies




Gratisan Musik
  • Designer : Josephine
  • Designer : Editor;Yours;truly.
  • Basecode : Mrs. Chuck Bass
  • Resources : The Choco Goodies , Rebecca ,Cythia , Babydoll , Tumblr and Pinkiss
  • Host : Photobucket , Cbox , Blogger .

    Should you be listed in here and i missed you out?Do leave a tag and tell me :)

  • © All Rights Reserved